Monday, July 4, 2011

Kursus Inovasi 4 Minggu di IPG Tawau

Assalamualaikum......
Bertemu lagi dalam ruangan ini.....
Kursus Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Teknologi Maklumat dan Komunikasi selama 4 minggu  telah diadakan di IPG Tawau.  Seramai 24 orang peserta telah menyertai kursus ini.  Kursus ini diakan  untuk mendedahkan kepada para peserta tentang penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.  Fokus utama kursus ini secara keseluruhan adalah memberi tunjuk ajar dan akan  terus mengaplikasikannya.  Tajuk-tajuk yang telah diajar adalah seperti membuat Blog, Movie maker, Powerpoint, Enjin carian, Brochure,membuat kad dan banyak lagi sampingan-sampingan yang guru tidak faham akan diajar cara dan bagaimna untuk menggunakannya.
Sesungguhnya kursus seumpama ini memang amat baik  bagi guru-guru yang masih kurang menggunakan ICT dalam pengajaran.  Ilmu yang dicurahkan oleh fasilitator dalam kursus ini amat bermanfaat pabila balik ke sekolah nanti. Terima kasih kepada pihak IPG dan KPM yang menganjurkan kursus ini.

Sunday, July 3, 2011

Catatan Penulis

Perkataan internet sudah tidak asing lagi bagi semua penduduk dunia.  Baik yang dewasa, remaja atau kanak-kanak semuanya telah pernah melayarinya.  Begitu juga dalam dunia pendidikan semenjak ianya diperkenalkan kementerian pendidikan tidak jemu-jemu memberikan kursus-kursus yang berkaitan dengan dunia pendidikan.  Ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pendidik untuk terus menerokai ilmu dunia tanpa sempadan baik guru-guru dari bandar mahupun luar bandar.
Kini Teknologi Maklumat yang telah diperkenalkan sejak dahulu lagi sudah tidak asing lagi bagi para guru untuk  menggunakannya dalam P&P. Kepada guru-guru yang belum mahir telah diberikan pelbagai kursus agar inovasi dalam P&P  dapat direalisasikan.
Salah satu kursus yang telah dianjurkan oleh kementerian pendidikan dalam melaksanakan dasar ini adalah Program memertabatkan Bahasa Melayu (MBM). Dan kursus yang sedang berlangsung adalah kursus Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Melalui Teknologi Maklumat (TMK) (SR/SM).

Wednesday, June 29, 2011

Sekapur sireh..

Sireh pinang sireh berlipat
Sireh dari pulau mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara