Perkataan internet sudah tidak asing lagi bagi semua penduduk dunia. Baik yang dewasa, remaja atau kanak-kanak semuanya telah pernah melayarinya. Begitu juga dalam dunia pendidikan semenjak ianya diperkenalkan kementerian pendidikan tidak jemu-jemu memberikan kursus-kursus yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pendidik untuk terus menerokai ilmu dunia tanpa sempadan baik guru-guru dari bandar mahupun luar bandar.
Kini Teknologi Maklumat yang telah diperkenalkan sejak dahulu lagi sudah tidak asing lagi bagi para guru untuk menggunakannya dalam P&P. Kepada guru-guru yang belum mahir telah diberikan pelbagai kursus agar inovasi dalam P&P dapat direalisasikan.
Salah satu kursus yang telah dianjurkan oleh kementerian pendidikan dalam melaksanakan dasar ini adalah Program memertabatkan Bahasa Melayu (MBM). Dan kursus yang sedang berlangsung adalah kursus Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Melalui Teknologi Maklumat (TMK) (SR/SM).
No comments:
Post a Comment