Assalamualaikum......
Bertemu lagi dalam ruangan ini.....
Kursus Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Teknologi Maklumat dan Komunikasi selama 4 minggu telah diadakan di IPG Tawau. Seramai 24 orang peserta telah menyertai kursus ini. Kursus ini diakan untuk mendedahkan kepada para peserta tentang penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Fokus utama kursus ini secara keseluruhan adalah memberi tunjuk ajar dan akan terus mengaplikasikannya. Tajuk-tajuk yang telah diajar adalah seperti membuat Blog, Movie maker, Powerpoint, Enjin carian, Brochure,membuat kad dan banyak lagi sampingan-sampingan yang guru tidak faham akan diajar cara dan bagaimna untuk menggunakannya.
Sesungguhnya kursus seumpama ini memang amat baik bagi guru-guru yang masih kurang menggunakan ICT dalam pengajaran. Ilmu yang dicurahkan oleh fasilitator dalam kursus ini amat bermanfaat pabila balik ke sekolah nanti. Terima kasih kepada pihak IPG dan KPM yang menganjurkan kursus ini.
No comments:
Post a Comment